• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Gila Kuasa, PAS Anggap PAN Tak Matang

oleh
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN daripada wakil PAN menyifatkan PAS gila kuasa mengenai perlantikan Speaker DUN Kedah menyebabkan PAS tampil menempelak PAN yang dilihat seperti kebudak-budakan.

Lapor Berita Harian, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakharuddin Fakhrurazi, berkata kenyataan Dr. Ismail Salleh menyatakan konon PAS gila kuasa adalah tidak wajar.

Malahan sikap itu menggambarkan parti serpihan PAS tersebut sebagai tidak amal keterbukaan dan telah melanggar prinsip PAN sendiri iaitu ‘Rahmat bagi sekalian alam’.

Bagi Ahmad Fakharuddin, tidak menjadi kesalahan sekiranya jawatan Speaker DUN diserahkan kepada PAS yang telah memenangi 15 kerusi di negeri itu.

Tindakan tersebut tidak menjejaskan pentadbiran negeri kerana jawatan kepemimpinan sedia ada seperti Menteri Besar dan barisan EXCO terdiri dari kalangan ADUN Pakatan Harapan (PH).

“Kenyataan Dr. Ismail lebih berbaur emosi dan tidak matang sedangkan dirinya itu adalah seorang pemimpin yang berpengalaman. Sikap menuduh secara tidak langsung memperlihatkan sikap tidak profesional beliau dalam mengurus politik Kedah yang penuh dengan seni.

“Tuduhan melulu kononnya PAS gila kuasa mendesak agar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berasas sama sekali kerana semuanya bergantung kepada nasihat dan budi bicara Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Sultan Kedah.

“Bagi mengatasi isu terbabit, semua pihak perlu menjadikan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah sebagai asas penyelesaian kepada kemelut ini dan tidak mewujudkan suasana tegang serta cuba menimbulkan kekeliruan dan curiga dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Ahmad Fakhruddin, PAS telah menawarkan jalan keluar dengan penubuhan kerajaan perpaduan yang menjadi amalan di beberapa negara Eropah.

Lantas, sepatutnya tidak wajar meletakkan tekanan kepada PAS dalam isu Speaker DUN.

Serentak itu, beliau mengulas berkenaan kerajaan perpaduan yang menganggap Ismail seolah-olah tidak memahami konsep amalan terbabit apabila meminta PAS mengamalkannya di Kelantan dan Terengganu.

“Amalan terbabit bukanlah sesuatu yang baharu dalam amalan demokrasi maka PAS mengambil amalan terbabit sebagai jalan penyelesaian isu penyelesaian bagi DUN Kedah.

“Adakah beliau (Dr. Ismail) tidak menyedari bahawa PAS memiliki majoriti yang cukup di dua negeri terbabit maka kenapa perlu mewujudkan kerajaan perpaduan,” ujarnya lagi.

Polemik ini mula timbul apabila Ismail yang juga Exco Penerangan, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar negeri menyifatkan PAS tamak jawatan sehingga mahu melantik Speaker DUN Kedah dari ahli PAS.

Kenyataan Ismail merujuk kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pihaknya bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk PRN jika isu pelantikan Speaker DUN gagal diselesaikan dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: gila kuasaPANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd