Sample Page Title

ARAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan meninggalkan UMNO atas alasan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti.

Ismail yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau memberitahu bahawa beliau kini merupakan calon bebas.

Bagaimanapun, Ismail turut membayangkan bahawa beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri olehnya yang juga merupakan adik kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Naional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.

Datuk Ismail Kassim

“Secara rasminya saya sudah keluar UMNO dan BN untuk menjadi wakil rakyat Bebas dalam negeri ini.

“Keputusan ini dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah saya sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepemimpinan parti,” katanya dipetik laporan BH Online.

Jelasnya, keputusan untuk keluar dari parti berkenaan telah dipertimbangkan oleh dirinya sejak 10 tahun lalu iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Ismail berkata, keputusan meninggalkan UMNO ini juga adalah demi kepentingan rakyat yang memerlukan beliau mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Pusat demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Maka saya perlu seiringan dengan Kerajaan Pusat,” jelasnya.

Dalam masa sama, Ismail berkata keputusan tersebut dibuat tanpa pengetahuan abangnya sampil menegaskan bahawa dia bukanlah “boneka” sesiapa seperti dititah raja Perlis.


Beliau juga berharap semua pihak dapat menerima keputusannya untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM dapat diterima dengan hati terbuka.

Datuk Seri Shahidan Kassim

“Saya bukan puppet (boneka) dan dia (Shahidan) nak tahu pasal apa? Melalui pengumuman ini secara tidak langsung beliau (Shahidan) akan tahu.

“Saya nak buktikan bahawa soal adik beradik tak timbul dalam politik. Saya berharap dengan keputusan ini semua pihak dapat menerima dengan lapang dada,” katanya.

Sekadar makluman, Ismail menyertai UMNO sejak tiga dekad lalau ketika beliau berusia 28 tahun dan pernah dilantik sebagai Pemuda UMNO Perlis, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Ismail mengekalkan kemenangan BN di DUN Tambun Tulang dan namanya disebut-sebut bakal menjadi menteri besar Perlis yang baharu selepas dicalonkan oleh abangnya.

Bagaimanapun, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail akhirnya melantik ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar baharu negeri berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...