Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Usia Tak Halang Madonna...

NYATA usianya yang kini mencecah 56 tahun tidak menghalang ratu kontroversi, Madonna untuk...

VIDEO : Pencalonan MB...

Sejak dahulu lagi, pelantikan Menteri Besar oleh PAS untuk Kelantan dan Terengganu tidak...

1,594 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah...

SPRM Dakwa Pengusaha Vape...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan...

Denmark Iringi Perancis Ke Peringkat Kalah Mati

MOSCOW – Tanpa jaringan dalam perlawanan yang membosankan di Stadium Luzhniki menyaksikan aksi Perancis dan Denmark berkesudahan 0-0, sebentar tadi.

Keputusan itu bagaimanapun membolehkan Perancis mengungguli kedudukan teratas Kumpulan C, manakala Denmark juga mara ke pusingan kalah mati selaku naib juara.

Perancis yang sudah mengesahkan tempat di pusingan 16 terakhir mahu mara sebagai juara kumpulan bagi mengelak pertemuan dengan pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik, Croatia.

Denmark pula hanya boleh tersingkir jika mereka tewas kepada Perancis dan pada masa yang sama Australia menewaskan Peru dalam satu lagi aksi di Sochi.

Namun, dengan kejayaan Peru mendahului 2-0 sebelum sejam permainan, ia dilihat mempengaruhi perlawanan hambar di Moscow.


“Ia adalah objektif kami untuk memastikan kami berada di kedudukan teratas kumpulan. Objektif itu berjaya dicapai,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Ia sangat sukar. Semua pasukan melakukan persiapan terbaik, dan bukan mudah untuk berdepan pasukan memiliki pertahanan yang bagus.”Reuters

Kategori