• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Pasang Pengimbas Elak Pencuri Tisu Tandas

oleh
16/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Gara-gara ingin halang orang ramai daripada mengambil tisu tandas yang berlebihan, dua lagi bandar raya di China memanfaatkan teknologi canggih di dalam premis tandas awamnya.

Di sebuah tandas awam dalam kompleks sukan di wilayah Hunan, misalnya alat pengecaman wajah dipasang yang mengehadkan setiap pengguna mendapatkan kertas tandas sepanjang 40 sentimeter sahaja.

Menurut laporan portal Rednet.cn, teknologi pengecaman wajah juga digunakan di Temple of Heaven di Beijing yang popular dalam kalangan pelancong agar dapat cegah pengunjung daripada berkali-kali ‘mencuri’ tisu tandas.

Manakala sekitar 30 tandas awam di daerah wilayah Chongqing dilengkapi dispenser yang hanya menyediakan tisu tandas sepanjang 80 sentimeter setiap kali seseorang mengimbas kod yang tertera di mesin itu dengan telefon bijak.

Malah akhbar Chongqing Times melaporkan, pemerintah daerah menyatakan bahawa teknologi moden sebegitu akan turut diperkenalkan di 150 lagi tandas awam bagi kekang gejala pembaziran kertas tandas secara berleluasa.

Teknologi canggih sedemikian adalah sebahagian daripada ‘Revolusi Tandas’ seperti yang digelar media tempatan negara tersebut. Selain itu, di sesetengah tandas, alat penggera dipasang untuk memaklumkan pekerja tandas.

Ini untuk mengingatkan seseorang itu berada di dalamnya selama lebih 10 minit sekali gus memaksa individu tersebut yang mungkin leka bermain telefon pintas untuk segera keluar memberi giliran kepada orang lain pula.

Ada pula yang siap dengan tempat mengecas telefon dan juga Wi-fi percuma. Di samping itu, sebuah layar turut dilengkapkan untuk menunjukkan suhu dalam tandas, jumlah elektrik dan air yang sudah digunakan pengunjung.

Seorang Timbalan Ketua Biro Alam Sekitar daerah tersebut dilaporkan sebagai berkata: “Melalui revolusi tandas, kami ingin ubah konsep penduduk (tentang fasiliti awam) dan perbaiki keadaan.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Chinatandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd