Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

Bukan Cina Pertama Presiden...

SINGAPURA - Buat pertama kali, seorang anak Melayu/Islam dilantik sebagai Presiden bagi Kelab...

LHDN Kutip Lebih 56...

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip cukai berjumlah lebih RM56...

Kecoh Di Twitter Guru...

PETALING JAYA - Selepas tular kisah gangguan seksual terhadap doktor pelatih di sebuah...

Lembu Diberi Minum Bir...

BRUSSELS - Seorang penternak Belgium di Chimay memberi lembu ternakannya meminum empat liter...

Calon Pemuda UMNO Terlibat Sesi Pengenalan

PROGRAM pengenalan calon-calon UMNO bakal diadakan berikutan pemilihan parti di Pejabat UMNO bahagian Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Inisiatif tersebut mahu dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bagi mengetengahkan calon-calon yang bertanding untuk jawatan ketua pergerakan pemuda, naib ketua dan barisan exco.

Program tersebut dijangka akan diadakan pada hari Rabu ini bermula 10 malam.

Ketuanya, Datuk Mohd. Razlan Rafii berkata, calon-calon akan diberi peluang berucap, berdebat, berkempen dan menyatakan harapan masing-masing semasa program tersebut.

“Kalau dahulu, kita tidak diberi kebenaran berkempen untuk calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO, namun sekarang keadaan itu berbeza.

“Kali ini, kita mahu setiap calon diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan berhujah bagi membuktikan keupayaan berhujah mereka selain meyakinkan ahli-ahli parti melalui ketokohan mereka,” katanya pada akhbar tempatan hari ini.


Selain Mohd. Azlan, borang penamaan calon bagi pemilihan parti pada 30 Jun ini turut diserahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ketika ditanya mengenai Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang dikatakan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Razlan menjawab, baginya hal itu dianggap belum rasmi.

“Jika Jamal serius untuk bertanding, dia perlu membuat pengumuman rasmi dan bukannya menerusi rakaman video, sedangkan beliau kini pun tidak diketahui lokasi kedudukannya,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori