• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Wanita Jawatan Kabinet Untuk Bangunkan Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Lebih ramai wanita perlu diketengahkan dan diberi jawatan dalam barisan Kabinet dalam usaha membantu membangunkan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata bagaimanapun, ia terpulang kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membariskan anggota Kabinet berdasarkan keperluan pembangunan negara.

Dr Wan Azizah berkata pihaknya telah menyerahkan senarai cadangan nama anggota Kabinet kepada Dr Mahathir.

“Beliau (Dr Mahathir) telah beritahu perlukan sedikit masa (untuk menamakan barisan Kabinet) kerana pembahagian perlu dibuat berdasarkan empat parti (dalam Pakatan Harapan).

“(Pembahagian) ini supaya semua parti dapat merasai kemenangan itu dan sama-sama bertanggungjawab memikul amanah membangunkan negara,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Selain Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dua lagi anggota wanita dalam Kabinet ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya di Bukit Baru di sini, yang dihoskan Anggota Parlimen kawasan itu Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari turut memeriahkan majlis itu, yang turut dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkesempatan memberitahu Mohd Khalil tentang hala tuju negara menerusi kerajaan Pakatan Harapan dan Yang Dipertua Negeri Melaka itu memberikan maklum balas yang positif tentangnya.

“Beliau (Mohd Khalil) sedia bekerjasama erat dengan Ketua Menteri (Adly) untuk membawa Melaka ke tahap yang baharu,” katanya.

Ditanya mengenai spekulasi Tan Sri Rais Yatim dan Hannah Yeoh dinamakan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Wan Azizah berkata perkara itu di luar pengetahuannya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya menyunting dan...

Nik Abduh Pertahan Eric Lim Sian See: “Anda Tidak Salah, Hanya Salah Faham Akibat Perangkap Ceplos, Teruskan Memburu”

Nik Abduh Pertahan Eric Lim Sian See: “Anda Tidak Salah, Hanya Salah Faham Akibat Perangkap Ceplos, Teruskan Memburu”

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd