Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Serangan Bom: Kerajaan Turki...

TURKI: Berikutan serangan bom yang berlaku di Ankara pukul 6.40 petang semalam, kerajaan...

9 Pelajar Sekolah Ditahan...

ALOR GAJAH - Sembilan pelajar sekolah menengah ditahan selepas dipercayai terlibat mencuri enam...

Berbalut 24 Jam Sehari

Puchong: "Setiap empat jam saya gunakan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anak saya,"...

Isteri Hafidz Roshdi Hamil...

TAHNIAH... Pelakon, Hafidz Roshdi mengesahkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sedang mengandung anak...

Belum Sedia Buka Mulut, Fendy Simpan Rahsia Sakit

SELEPAS berehat beberapa ketika akibat menghidap penyakit misteri, pelakon Fendy Bakry mengakui bahawa dia kini sudah tidak sabar untuk kembali beraksi di hadapan lensa kamera.

Namun Fendy atau nama sebenarnya Mohd. Affandi Nor Bakri mengakui bahawa dia perlu menunggu masa sesuai sebelum kembali aktif dalam dunia lakonan serta akan memaklumkan kepada peminat tentang perkembangan baharu apabila semuanya sudah jelas.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Begitu juga kepada pihak media yang sentiasa bertanya perkembangan diri.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ramai sebelum ini. Maaf, saya masih belum bersedia untuk bercerita lebih mendalam mengenai masalah kesihatan saya.

“Apa yang dapat saya katakan, kesihatan saya bertambah baik. Insya-Allah, sampai masa nanti saya akan kongsi,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

April lalu, nama Fendy mula melonjak naik selepas drama lakonannya, Mr. Grey mendapat sambutan hangat.

Tetapi dia terpaksa akui untuk memperlahankan kerjayanya kerana diserang penyakit misteri yang dia sendiri belum bersedia untuk berkongsikan kepada umum.

Dalam masa sama, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu turut menolak spekulasi kononnya dia telah koma serta hal itu turut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Prokuya Studios.


Bagaimanapun, populariti yang melonjak secara tiba-tiba itu turut tidak pernah dia fikirkan memandangkan ia merupakan drama pertamanya digandingkan bersama dengan pelakon Eyra Hazali.

“Saya seronok bekerja dengan produksi drama ini. Semua pihak beri kerjasama baik. Penerimaan positif penonton sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk terus perbaiki mutu lakonan.

“Saya tidak sangka drama ini akan dapat sambutan hebat. Tanpa sokongan semua, termasuk pengurusan yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang, sukar untuk saya capai tahap ini,” ujarnya.

Tahun ini, Fendy bakal meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halamannya iaitu Perlis.

Sambutan tahun ini dilaksanakan dengan penuh bersederhana kerana menurutnya semua adik-beradinya yang lain tidak cuti pada masa yang sama.

“Semuanya serba sederhana memandangkan tidak semua adik-beradik bercuti serentak. Insya-Allah, jika ada kelapangan, saya mungkin akan buat rumah terbuka untuk peminat,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori