• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanja Raya Ikut Keperluan Bukan Kehendak

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berbelanja lebih menjelang musim perayaan, sudah menjadi kebiasaan bagi orang ramai.

Apatah lagi dengan penetapan baharu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar mulai 1 Jun yang dikatakan dapat meningkatkan kuasa beli pengguna, pasti sedikit sebanyak mempengaruhi keinginan para pengguna untuk “beraya sakan”.

Keterujaan untuk membeli-belah, bagaimanapun perlu dikawal bagi mengelakkan pengguna berhadapan masalah kewangan kelak, lebih buruk lagi jika terpaksa menanggung hutang. Oleh itu, para pengguna sewajarnya tahu meletakkan keutamaan dan membezakan antara keperluan dan kehendak, sebelum membeli-belah.

Perlu diingat bahawa keperluan adalah sesuatu yang mesti dipenuhi untuk meneruskan kehidupan dan keperluan bagi setiap manusia adalah sama, manakala kehendak pula adalah sesuatu yang ingin dimiliki sebagai pelengkap kepada keperluan dan ia berbeza antara individu.

BELANJA BERHEMAH

Pengurus Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kuala Terengganu, Junainah Ahmad Esa berkata konsep perbelanjaan berhemah perlu sentiasa menjadi kayu ukur utama bagi setiap individu.

“Orang ramai mungkin akan berbelanja lebih kerana terpengaruh dengan promosi dan tawaran harga musim perayaan, menggunakan kad kredit, membuat pinjaman peribadi yang sebenarnya bersifat tidak produktif serta mengambil pendahuluan tunai (advance) daripada gaji.

“Dalam isu ‘advance’, walaupun ‘lega’ untuk membuat persiapan awal raya namun jumlah pendapatan bulanan bakal ditolak untuk tempoh tertentu bagi membayar balik jumlah ‘advance’ yang diambil. Ini akan memberi kesan kepada bajet yang akan datang,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, tambah beliau, adalah penting untuk menyediakan bajet realistik yang dimulakan dengan memeriksa semua perbelanjaan dan memastikan belanja untuk musim perayaan dimasukkan ke dalam bajet bulanan.

Jumlah yang diperlukan untuk menyambut hari raya hendaklah ditetapkan terlebih dahulu agar tidak mengganggu keseluruhan bajet.

“Sekiranya mempunyai bajet yang kecil, utamakanlah perbelanjaan untuk membeli barangan keperluan bukan mengikut kehendak semata-mata. Perbelanjaan tambahan sememangnya diperlukan ketika musim perayaan, tetapi jangan pula abaikan wang untuk simpanan atau tabungan.

“Sepuluh peratus daripada pendapatan bulanan wajar disimpan untuk kegunaan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

PATUHI SENARAI SEMAK

Junainah menjelaskan bahawa menyediakan senarai semak dan mematuhinya dapat membantu seseorang untuk fokus kepada barangan keperluan sekali gus mengawal diri daripada terjerat dengan promosi tertentu dan akhirnya membeli barangan yang tidak penting.

Pertanyaan seperti “adakah saya memerlukannya, mampukah saya, adakah alternatif lain yang lebih murah” serta beberapa soalan lain boleh membantu menyekat ‘selera’ untuk membeli dan menjadi lebih rasional dalam berbelanja.

“Jadilah pengguna bijak dengan mendapatkan maklumat terkini mengenai diskaun dan promosi barang, membuat perbandingan pusat membeli-belah atau kedai barangan harga patut, tidak membeli sesuatu barang hanya kerana harganya murah sedangkan ia tidak diperlukan. Mereka juga boleh membuat pembelian dalam talian untuk barang yang sama tetapi pada harga lebih murah,” katanya.

Berkongsi pandangan, seorang suri rumah Nur Hasmila Hassan, 48, berkata beliau sentiasa mengutamakan keperluan meskipun ketika musim perayaan kerana keluarganya hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja di sektor swasta.

Selain menjadikan keperluan keempat-empat anaknya sebagai keutamaan, beliau terlebih dahulu akan menjelaskan bayaran bil-bil berkaitan termasuk cukai jalan kenderaan bagi mengelak berlakunya situasi tidak cukup wang atau terlebih belanja semasa raya.

“Dua anak menuntut di institut pengajian tinggi manakala dua lagi masih bersekolah, jadi saya memang utamakan keperluan mereka. Saya tak terfikir pun soal berbelanja lebih apabila GST sifar, sebaliknya akan cuba berjimat mana-mana yang boleh.

“Anak tengah belajar, ‘tengah berat’, jadi sebagai ibu bapa kita perlu bijak menguruskan kewangan keluarga. Alasan untuk memastikan serba-serbi baharu di hari raya tidak bermakna seseorang itu perlu berbelanja besar sehingga melangkaui kemampuan diri sebab sesuatu yang baharu tak semestinya mahal, pokok pangkalnya kita hendaklah bijak berbelanja,” katanya. – BERNAMA

Tags: berbelanjaRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Tidak Tahu Bagaimana Rakyat Dan Sejarah Akan Menilai Saya” – Aminuddin

“Saya Tidak Tahu Bagaimana Rakyat Dan Sejarah Akan Menilai Saya” – Aminuddin

02/08/2026
0

SEREMBAN - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau tidak tahu bagaimana rakyat dan sejarah akan...

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memberi petanda positif...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd