• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanda Bayar Insentif Jika Berbasikal Ke Tempat Kerja

oleh
24/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMSTERDAM – Anda mungkin jarang melihat orang ramai berduyun-duyun berbasikal ke tempat kerja atau beli barangan dapur di pasar kerana ia bukanlah budaya yang popular di seluruh dunia.

Namun, budaya ini bukanlah perkara yang ganjil di negara maju antaranya Jepun, Kanada, Perancis dan Denmark mempromosikan amalan berbasikal demi kelestarian alam sekitar selain mampu meningkatkan kecergasan fizikal.

Baru-baru ini pemerintah Belanda mengorak langkah dengan mengumumkan sagu hati sebanyak 0.42 guilder Dutch (kira-kira RM0.88) bagi jarak setiap kilometer kepada pekerja yang sanggup berbasikal ke tempat kerja mereka.

Media tempatan melaporkan bahawa saranan unik itu dikemukakan oleh Timbalan Menteri Prasarana Belanda, Tientje Van Veldhoven sebagai langkah kerajaan bagi mengurangkan kadar kesesakan jalan raya pada waktu sibuk.

“Saya ingin mengajak orang ramai untuk tidak bergantung kepada pemanduan kereta. Sebaliknya, mereka boleh berbasikal walaupun bagi jarak jauh,” kata menteri itu dalam kenyataannya seperti dipetik akhbar The Sun.

Budaya berbasikal sudah menjadi sebati dengan kehidupan warga Belanda. Di kebanyakan bandar utamanya, puluhan ribu garisan khas ditandakan untuk penunggang basikal bagi membezakan ruang jalan kenderaan lain.

Demi menggalakkan penduduknya agar sentiasa mengayuh basikal, pemerintah Belanda akan memperuntukkan 220 juta guilder Dutch (kira-kira RM467 juta) untuk menambahkan lagi jumlah laluan dan tempat letak basikal.

Menurut stesen penyiaran antarabangsa CNN, Perancis sudah memulakan program sama dengan sokongan 20 buah institusi. Mereka membayar 0.25 euro (RM1.20) setiap kilometer kepada yang mengayuh basikal ke tempat kerja.

Dianggarkan secara purata 36 peratus penduduk Belanda akan menunggang basikal sebagai kenderaan harian berbanding 45 peratus yang memandu kereta dan 11 peratus pula menaiki pengangkutan awam darat lain. – Agensi

Tags: basikalBelanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd