• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangladesh Pertahan ‘Ops Cabut Nyawa’ Basmi Dadah

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Bangladesh mempertahankan tindakan melancarkan perang memerangi dadah yang menyebabkan lebih 130 suspek pengedar dan penagih dadah ditembak mati sejak tiga minggu lalu, bagi membendung kebanjiran pil yaba yang semakin serius.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHCR), Zeid Ra’ad al-Husein, mempertikaikan kewajaran menembak mati suspek seperti dilakukan Filipina sebelum ini.

Zeid berkata, penagih atau pengedar dadah masih mempunyai hak dari segi undang-undang dan menggesa kerajaan Bangladesh menyiasat kematian itu.

“Tidak syak lagi penyeludupan dan jualan narkotik haram menjurus penderitaan besar buat individu dan keseluruhan masyarakat, namun pembunuhan luar undang-undang, penahanan sewenang-wenangnya dan stigmatisasi mereka yang mengambil dadah bukan jawapannya.

“Saya amat bimbang sejumlah besar individu dibunuh dan reaksi kerajaan ialah memberi jaminan kepada orang awam bahawa tiada seorang pun individu ini ‘tidak bersalah’ namun kesilapan boleh berlaku dalam kempen antidadah,” kata Zeid dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, yang meluluskan kempen antidadah awal Mei lalu, bagi menangani penyebaran methamphetamine di Asia, dianggar bernilai AS$3 bilion (RM11.93 bilion) setiap tahun.

Polis menegaskan semua mangsa yang terbunuh adalah ketua pengedar dadah yang dikehendaki dan mereka terbunuh sama dalam pergaduhan sesama kumpulan pengedar dadah atau tembak menembak dengan polis.

Menjawab kritikan Zeid, Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan memberitahu Reuters, pasukan keselamatan terpaksa mempertahankan diri akibat diserang.

“Kami tidak membunuh sesiapa. Tentera kami boleh membalas tembakan jika mereka diserang. Kami akan terus dengan kempen ini untuk menghapuskan dadah bagi menyelamatkan generasi muda. Rakyat menyokong tindakan ini,” katanya.

Selain 130 suspek yang ditembak mati itu, pasukan keselamatan Bangladesh menahan kira-kira 13,000 lagi bagi melaksanakan dasar ‘toleransi sifar’ terhadap penyeludupan dadah. – Reuters/myMetro Online

Tags: Bangladeshkes dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Serangan Udara Ragut 40 Nyawa Di Syria

Next Post

Gunung Berapi Fuego Terus Meletus, 99 Terbunuh

Related Posts

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

Next Post

Gunung Berapi Fuego Terus Meletus, 99 Terbunuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd