• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit Forensik Luaran Perlu, Kata Azmin Kepada Felda

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini memberitahu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang pada masa ini terbabit dengan skandal perjanjian tanah bahawa “ia memerlukan audit forensik luaran untuk mencari puncanya”.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada beliau merujuk kepada perjanjian tanah berkenaan pada mesyuarat dengan pengurusan Felda di sini, hari ini.

“Mendapatkan penjelasan dari Datuk Ab Ghani Mohd Ali, Ketua Pengarah Felda, mengenai pengurusan dan kedudukan kewangan Felda pagi ini,” katanya dalam Twitternya beserta gambar mesyuarat berkenaan.

Ini berikutan satu lagi catatan di Twitter: “Azmin kepada Felda: Berjumpa dengan piawaian tertinggi tadbir urus dan amalan terbaik. Kita perlukan audit forensik dalaman untuk mencari punca.”

Dilaporkan, pada 21 Disember, 2017, Felda berisiko kehilangan hak terhadap tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta berikutan dakwaan empat transaksi jual beli yang meragukan.

Pemindahan tanah dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. memberikan surat kuasa wakil penuh kepada sebuah syarikat tempatan yang dilantik sebagai pemaju utama tanah berkenaan pada 3 Jun, 2014.

Pada Mac 2018, Felda memperoleh semula kesemua 16 lot tanah di Jalan Semarak. – BERNAMA

Tags: Azmin AliFelda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd