• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi SERV Semakin Diterima Masyarakat

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Aplikasi SERV, yang membolehkan pemilik kereta menempah dan mendapatkan sebut harga untuk perkhidmatan penyelenggaraan kereta di mana sahaja, kini semakin diterima masyarakat khususnya di kawasan bandar.

Aplikasi yang dibangunkan tiga anak muda dan dilancarkan pada September tahun lepas, memberi khidmat seperti pakej lengkap penyenggaraan kereta, kepada lebih 300 pemilik kenderaan di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Seorang pengasas SERV, Arief Imran Hassan Ashari, 30, berkata idea penubuhan SERV tercetus apabila menyedari kekangan masa kerana sibuk bekerja menyebabkan ada sesetengah pemilik kenderaan tidak menjaga kereta mereka dengan baik.

“Mereka kebiasaannya akan membiarkan kereta tidak diservis atau dalam keadaan teruk sehinggalah kereta mereka mulai rosak.

“Saya bersama dua lagi rakan, Mohd Hazim Nordin dan Hasli Mat Ayob, mengambil keputusan untuk menubuhkan SERV dengan tagline ‘Car Service Anywhere’ yang menawarkan perkhidmatan menukar minyak hitam di mana-mana tempat yang dikehendaki pelanggan seperti di rumah atau pejabat,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata SERV, sebuah syarikat berdaftar, turut membuka peluang pekerjaan kepada mekanik-mekanik, dan setakat ini terdapat 18 mekanik yang digelar ‘SERV Partner’.

Selain merancang untuk melebarkan sayap ke seluruh bandar utama di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Arief Imran berkata beliau berharap untuk memperbanyakkan kolaborasi sesama syarikat permulaan lain untuk menambah nilai perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada para pelanggan.

“Contohnya baru-baru ini, perjanjian kolaborasi antara SERV, Bateriku.com dan JomParking telah dimeterai bertujuan membantu para pemandu menyelesaikan isu penyelenggaraan dan pemanduan mereka dengan cara yang lebih mudah,” katanya.

Mengulas aplikasi SERV, Arief Imran berkata pengguna kenderaan boleh menempah khidmat penyelenggaraan kereta dan mendapatkan sebut harga yang bermula dengan RM180, bergantung kepada jenis kereta, minyak hitam dan perkhidmatan tambahan lain seperti penukaran minyak gear, dan lain-lain lagi.

“Mekanik kami akan ke tempat yang dipersetujui pelanggan dan ini bermakna semasa pelanggan sedang bekerja pun, kami boleh datang ke pejabat pelanggan dan menyelenggara kereta mereka.

“Harga yang akan mereka bayar seperti yang tertera semasa mereka membuat tempahan jadi pelanggan tidak perlu risau,” katanya.

SERV adalah alumni syarikat pemula niaga Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), dan merupakan peserta dalam kumpulan pertama Program Penderas Global (GAP) pada 2017. – BERNAMA

Tags: aplikasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada...

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd