Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Kecoh Suami Hillary Clinton...

WASHINGTON DC - Netizen media sosial kecoh susulan kemunculan foto mantan Presiden Amerika...

Perhilitan Terengganu Nafi Ada...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari...

Letupan Kedai Mercun Bukan...

ALOR SETAR : Polis membuka siasatan terhadap satu klip video tular di aplikasi...

Google Abadikan Allahyarham Mokhtar...

KUALA LUMPUR - Google Malaysia hari ini memaparkan seni lakaran atau 'doddle' Allahyarham...

Apandi Terima Penamatan Perkhidmatan Dirinya

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

“Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah SWT. Alhamdulillah,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp apabila ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya itu pagi ini.

Dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun yang dikeluarkan oleh Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi selaku Peguam Negara oleh Kerajaan Malaysia.

Wan Ahmad Dahlan berkata Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara menurut Artikel 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara untuk menggantikan Mohamed Apandi, 68, yang diberikan cuti tanpa rekod selama 30 hari sejak 15 Mei, 2018.

Pada 14 Mei lepas, Dr. Mahathir berkata Mohamed Apandi sudah diarahkan bercuti dan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek mengambil alih tugas beliau berkuat kuasa serta merta.

Mohamed Apandi, anak kelahiran Kelantan dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan. – BERNAMA

Kategori