• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APAD Mampu Tingkatkan Kualiti Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Se-Malaysia yakin penubuhan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi mengantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dimansuhkan, mampu meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara.

Presidennya Che Ibrahim Che Ismail berkata pengusaha bas ekspres meletakkan asas yang tinggi bagi menjaga kualiti perkhidmatan dan memerlukan agensi seperti APAD untuk pemantauan.

“Agensi baharu (APAD) yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan itu diharap memberi lebih penekanan dalam menambah baik pengangkutan awam di seluruh negara,” katanya kepada pemberita di sini. malam tadi.

Che Ibrahim yang juga pengerusi eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd berkata perkhidmatan pengangkutan awam negara seperti bas ekspres sentiasa bersedia menerima segala perubahan berdasarkan perancangan pembangunan oleh agensi baharu itu.

“Kita juga mahu pengangkutan bas ekspres lebih berdaya saing dan mempunyai keupayaan serta berada di landasan terbaik untuk melangkah ke negara maju suatu hari nanti,” katanya.

Semalam, Kementerian Pengangkutan mengumumkan akan mewujudkan APAD yang diketuai ketua pengarah bagi melaksanakan fungsi dan dasar pembangunan sektor pengangkutan darat di negara ini.

APAD akan berperanan dalam perancangan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat khususnya berkaitan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan sistem bas. – BERNAMA

Tags: APAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak membenarkan penggunaan soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam...

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD

16/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggesa semua pihak, khususnya Persatuan Pengusaha Bas Sekolah supaya mempertimbangkan semula cadangan menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd