• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tarik Balik Saman Berhubung Hak Mengundi

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik permohonan semakan semula dan kebenaran untuk merayu berhubung samannya terhadap tuntutan perisytiharan bahawa beliau mempunyai hak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2015.

Peguamnya, Shahid Adli Kamarudin memberitahu pemberita hari ini bahawa notis untuk menarik balik dua permohonan itu difailkan pada Jumaat.

Katanya, beliau juga telah memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof di kamarnya hari ini apabila kes itu ditetapkan bagi pengurusan kes.

Turut hadir pada prosiding pengurusan kes itu hari ini Peguam Kanan Persekutuan, V. Krishna Priya, yang mewakili pihak defendan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengerusinya ketika itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan.

Anwar, 70, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 13 Jun tahun lepas, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai hak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu pada 7 Mei 2015.

Pada 15 Julai 2016 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa memandangkan Anwar adalah banduan, SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawanya ke pusat mengundi untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

Mahkamah tersebut turut memutuskan bahawa banduan berkenaan perlu memohon kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara bagi membuat aturan yang perlu untuk membenarkan seorang banduan mengundi.

Pada 10 November tahun lepas, Anwar juga memfailkan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan beliau hadir pada prosiding pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu berhubung kes sivilnya.

Dalam afidavitnya, bekas ketua pembangkang itu menyatakan terdapat kegagalan kuorum pada panel tiga hakim sebelum ini yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Beliau mendakwa pelantikan Zulkefli sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan Presiden Mahkamah Rayuan tidak mengikut perlembagaan.

Anwar dibebaskan dari penjara pada 16 Mei lalu selepas menjalani hukuman penjara lima tahun, lebih awal daripada tempoh hukuman kerana berkelakuan baik, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bagi kesalahan meliwat.

Anwar juga diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd