• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dinasihat Tidak Terima Pelawat Semasa Rawatan

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah dinasihatkan supaya tidak menerima pelawat semasa menjalani rawatan dan pemerhatian di pusat perubatan berkenaan.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata Anwar kini menjalani rawatan susulan kekejangan di bahunya.

“Beliau sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.

“Datuk Seri Anwar, (isteri Anwar) Datuk Seri Dr. Wan Azizah dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas doa dan sokongan yang dihulurkan pada masa ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan, Dr. Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri akan tetap menghadiri semua program rasmi yang telah dijadualkan untuknya kecuali diberitahu sebaliknya.

Semalam, Anwar dikejarkan ke PPUM selepas mengadu sakit bahu sejurus kembali dari Turki. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPelawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd