Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Prestasi BN Melaka Jaga...

MELAKA - Prestasi cemerlang Barisan Nasional (BN) Melaka dalam menjaga kebajikan dan membela...

Lama Menghilang, Kim Jong-un...

SEOUL – Selepas dilaporkan ‘hilang’ selama enam minggu, pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim...

Lapangan Terbang Changi Kendali...

SINGAPURA - Changi Airport Group (CAG) hari ini melakar satu lagi detik bermakna...

PAS N.Sembilan Bertanding Semua...

SEREMBAN – PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri...

Anthony Martial Mahu Tinggalkan Man United

MANCHESTER United dikejutkan dengan hasrat pemain, Anthony Martial mahu meninggalkan kelab itu.

Berita tersebut didedahkan oleh wakil Martial pada Rabu malam.

Selepas beberapa bulan rundingan terhadap kontrak baharu jangka panjang di Old Trafford menemui kebuntuan, Philippe Lamboley mendakwa Martial tidak puas hati kerana kurang jaminan terhadap kedudukannya.

Pemain berusia 22 tahun itu tersingkir dari skuad Perancis untuk Piala Dunia mendapat kritikan daripada Jose Mourinho menerusi prestasinya.

Mourinho menjelaskan bahawa prestasi Martial tidak begitu menyerlah selepas kekalahan di Brighton, bulan lalu.

Sportsmail melaporkan minggu lepas bahawa Tottenham berminat untuk menandatangani pemain itu pada musim panas ini.


“Setelah memikirkan segala kemungkinan, Anthony mahu meninggalkan Manchester United,” kata Lamboley kepada RMC.

“Di saat Manchester United, merupakan kelab paling kuat di dunia, tidak dapat menemukan kesepakatan dalam rundingan selama lapan bulan, yang tidak mahu menjadikannya sebagai pemain penting,” katanya.

Kontrak Martial sehingga akhir musim depan, meskipun Manchester United mempunyai pilihan untuk melanjutkannya sehingga 2020. – Mail Online UK

Kategori