• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Umum Jawatan Bakal Ditandingi Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bercadang untuk bertanding pada pemilihan UMNO, namun akan membuat pengumuman jawatan apa yang bakal ditandingi itu pada minggu depan.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata beliau perlu melawat banyak negeri bagi memberi penerangan supaya proses pemilihan parti tersebut berjalan dengan baik.

“Sekarang ini saya mahu tumpukan untuk membantu pentadbiran parti, banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Ia amanah parti yang perlu saya jalankan untuk bertemu akar umbi parti, pokoknya parti sudah membuka seluasnya dan mengalukan sesiapa sahaja tawarkan diri untuk bertanding,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata anggota parti kali ini mahukan pemilihan berjalan dengan baik, tidak berkumpulan, tiada politik wang dan seharusnya tiada amalan-amalan negatif sepanjang proses pemilihan itu.

Annuar berkata UMNO perlu berubah dengan kembali kepada prinsip dan idealisma perjuangan parti itu agar tidak membenihkan segala amalan yang tidak baik ke dalam parti.

“Pemilihan kali ini saya lihat luar biasa kerana ramai golongan muda, wanita dan professional tampil menawarkan diri untuk bertanding bagi memperkasakan parti,” katanya.

Beliau berkata apa yang dikhuatiri sebelum ini iaitu tiada siapa yang akan menawar diri untuk bertanding jika UMNO tidak lagi mempunyai kuasa, sama sekali tidak menjadi kenyataan. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd