• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Kuantan Akui ECRL Beri Manfaat

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tidak menafikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan laluan sepanjang 688 kilometer merentasi empat negeri mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat di Pantai Timur.

Bagaimanapun, katanya projek itu perlu dikaji dengan teliti khususnya daripada aspek kos bagi memastikan ia benar-benar memberi impak positif yang besar kepada negara dan rakyat setempat khasnya.

“Sejak dahulu saya sentiasa mengalu-alukan projek yang mampu mewujudkan jalur perhubungan baik di Pantai Timur. ECRL pasti dapat mencipta banyak peluang ekonomi.

“Tidak mustahil (Pantai Timur) boleh dijadikan hab pelancongan antarabangsa kelak (bila projek ECRL siap)…cuma apa yang kita prihatin ialah kosnya terlalu mahal,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pelabuhan Kuantan di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, Fuziah turut diberikan taklimat oleh pengurusan tinggi Pelabuhan Kuantan Consortium Sdn. Bhd. tentang operasi dan penaiktarafan yang dijalankan di pelabuhan itu.

Dalam masa yang sama, Fuziah turut berharap sekiranya projek ECRL diteruskan ia dapat memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan.

“Difahamkan sebelum ini, hanya 30 daripada 60 peratus projek pembinaan infrastrukturnya diberikan kepada kontraktor tempatan?

“Oleh itu, kajian semula kontrak perjanjian perlu dibuat kerana ia memang boleh memberi manfaat kepada Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Pelabuhan Kuantan dan orang ramai jika dilakukan dengan betul,” katanya.

Projek yang dijadual siap pada Jun 2024 itu dan mempunyai 28 stesen itu menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo dari Pelabuhan Klang, Selangor; merentasi Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ia dimiliki oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), yang dimiliki sepenuh­nya oleh Kementerian Kewangan dan dijalankan dengan kerjasama syarikat milik kerajaan China, China Communications Contruction Company (CCCC), yang bertanggungjawab sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas mengambil keputusan untuk mengkaji semula projek ECRL kerana kosnya yang mahal. – BERNAMA

Tags: ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd