• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: Op Selamat 13/2018 Bermula Esok

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Op Selamat 13/2018 bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula esok sehingga 22 Jun ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata operasi berkenaan bertujuan mencegah jenayah pecah rumah serta meminumkan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan.

Antara tindakan yang diambil sepanjang operasi itu ialah meningkatkan rondaan pencegahan jenayah di kawasan perumahan dengan Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal bertindak sebagai elemen utama dalam memantau rumah dan premis yang ditinggalkan, katanya pada sidang media bersempena pelancaran operasi itu di sini.

“Sempena op ini juga hanya 20 peratus pegawai dan anggota polis yang dibenarkan bercuti manakala 80 peratus lagi akan bertugas bersempena Aidilfitri,” katanya.

Menurutnya lebih 6,000 anggota trafik bertugas sepanjang operasi bagi memastikan kelancaran trafik di seluruh negara.

Pada masa sama beliau berharap lebih ramai yang mengisi borang balik kampung agar pihaknya dapat mengoptimumkan tugasan lebih 100,000 pegawai serta anggota yang dibekukan cuti raya. – BERNAMA

Tags: Fuzi HarunOp Selamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Op Selamat: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

05/05/2022
0

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarkan...

11 Maut, 1,943 Kemalangan Dalam Lima Hari Di Selangor

04/05/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd