• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

oleh AK-47
05/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarkan pada 29 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin berkata, daripada jumlah itu, 9,413 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala bakinya atas pelbagai kesalahan lain.

“Jumlah kemalangan di negeri ini dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 adalah sebanyak 660 kes dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 135 kes berbanding tempoh yang sama pada Op Selamat 15/2019.

“Jumlah kes kemalangan maut adalah sebanyak sembilan kes, kecederaan parah (5 kes) dan kecederaan ringan sebanyak 42 kes,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Mahiri berkata, sembilan kes kemalangan maut itu melibatkan lima penunggang motosikal, satu pembonceng, satu pemandu lori, satu penumpang kereta dan satu pejalan kaki.

“Kes kemalangan maut banyak melibatkan penunggang motosikal, jadi saya ingin memberi peringatan kepada penunggang motosikal supaya jangan berlumba dan membawa motosikal secara berbahaya kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Pengguna jalan raya yang lain juga dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan berhati-hati serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelak dari kemalangan mahupun dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

-Harian Metro

Tags: KedahOp Selamatpolissaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd