• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Rasmi Program Inkubasi Usahawan Pertanian

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan merasmikan Program Inkubasi Usahawan Pertanian yang diusahakan oleh Ladang Sawitria (Kel) Sdn. Bhd. hari ini.

Seri Paduka tiba pada kira-kira 12.20 tengah hari dengan diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Pengerusi Eksekutif Ladang Sawitria (Kel) Sdn. Bhd., Tan Sri Musa Hassan.

Musa, dalam sidang akhbar kemudiannya berkata pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 1,000 usahawan tani dalam masa setahun menerusi program berkenaan dengan pesertanya merangkumi golongan muda yang tiada pekerjaan dan golongan miskin.

“Setakat ini, kami menerima permohonan daripada seramai 1,212 orang namun untuk fasa pertama, kami latih dahulu 67 peserta membabitkan 45 peserta dari Kelantan manakala bakinya daripada negeri-negeri lain.

“Setiap peserta akan mengusahakan tanah seluas 0.4 hektar untuk belajar teknik pertanian moden secara berkelompok untuk menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti cili, terung dan lain-lain menggunakan teknologi daripada Taiwan dengan anggaran pendapatan minimum sehingga RM5,000 sebulan,” katanya selepas perasmian program berkenaan di sini, hari ini.

Musa berkata pihaknya mendapat pajakan tanah seluas 925 hektar di Mukim Mambong, Kuala Krai daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi program tersebut.

Beliau berkata peserta turut disediakan kemudahan pinjaman sebanyak RM180,000 daripada bank dengan tempoh bayaran balik 30 tahun untuk memajak tanah dan membina kediaman sendiri di kawasan tersebut.

“Peserta juga diberi kemudahan untuk memasarkan hasil pertanian dan kemudahan pengangkutan turut disediakan kepada mereka.

“Kita juga akan cuba membuka penyertaan program ini kepada banduan yang diberikan parol bagi membantu mereka membina kehidupan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berkata kerajaan negeri sentiasa membuka ruang kepada pihak swasta dalam menjayakan program yang bermanfaat yang sudah pasti akan membantu Kelantan untuk berdikari bagi mewujudkan bekalan makanan dan menghasilkan produk hiliran.

“Ia akan menjadi sebahagian usaha dalam melaksanakan konsep Jaminan Makanan dalam Malaysia dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan yang diimport.

“Program ini juga diharap dapat membantu Kelantan menjadi hab pertanian dan dalam masa yang sama, ia dapat menggalakkan usahawan pertanian untuk mempelajari teknologi baharu dan moden dalam sektor ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Agongusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd