• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Beri Sumbangan Anak Yatim Kelantan

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Negeri Kelantan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini.

Berangkat sama Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra; Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz serta kepimpinan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selepas berbuka puasa, Sultan Muhammad V yang juga Sultan Kelantan menyertai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat Maghrib yang diimamkan Pensyarah Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Shahril Muhaimin Ismail.

Baginda kemudian bersama-sama jemaah menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menyampaikan sumbangan kepada 101 Anak-anak Yatim Darul Aitam Putri, Panji.

Sementara itu, Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan menyampaikan sumbangan kepada 95 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd