Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Lion Air Miliki Rekod...

JAKARTA - Sebuah pesawat Lion Air yang terhempas di laut sejurus berlepas dari...

UMNO Serah Kepada Peguam...

MELAKA - Para peguam UMNO akan meneliti barangan rampasan dalam siasatan kes melibatkan...

Donald Trump Lantik Menantu...

WASHINGTON - Menantu bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Jared Kushner dilantik...

Selangor : Anwar Nafi...

Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan...

358,233 Kenderaan Belum Tukar Beg Udara Takata

PUTRAJAYA – Sebanyak 358,233 kenderaan merangkumi jenama Toyota, Nissan, Honda, BMW, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus belum lagi menukar beg udara Takata yang bermasalah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata susulan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar notis kepada setiap pemilik kenderaan terbabit supaya segera ke pusat servis syarikat pengeluar kenderaan masing-masing untuk menukar beg udara tersebut.

Beliau berkata kompaun RM300 boleh dikenakan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi arahan itu selepas notis amaran kedua diberikan, selain mengambil tindakan mahkamah jika mereka gagal melunaskan kompaun tersebut.

“Kita bukan hendak memangsakan mana-mana pihak atau untuk menghukum, kita hanya mahu memastikan mereka menukar beg udara kenderaan demi keselamatan sendiri kerana ia mampu menyebabkan kematian.

“Penukaran beg udara ini adalah percuma bagi semua jenama yang terlibat. Proses menukar beg udara juga hanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu atau dua jam,” katanya pada sidang media selepas bertemu dengan wakil syarikat pengeluar kenderaan terbabit di sini, hari ini.

Loke berkata bahagian teknologi maklumat (IT) JPJ akan bertemu dengan semua wakil syarikat pengeluar kenderaan tersebut esok selain mendapatkan kerjasama syarikat insurans bagi mendapatkan alamat terkini pemilik kenderaan berkenaan.

JPJ juga akan menghantar notis pertama seawal minggu depan dan memberi tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan untuk ke pusat servis kenderaan atau menghubungi syarikat pengeluar mengenai urusan penukaran beg udara itu.

“Selepas tempoh itu, kita akan mendapatkan data daripada syarikat pengeluar mengenai mereka yang masih tidak memberi maklum balas.

“Jika selepas notis kedua dihantar masih tiada maklum balas (selepas 14 hari), kita boleh mengeluarkan saman kerana tidak mematuhi arahan JPJ,” tegas beliau.


Selain itu, pemilik kenderaan tidak boleh memperbaharui cukai jalan jika terus ingkar arahan JPJ.

Loke berkata Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan semua syarikat pengeluar kenderaan itu untuk melaksanakan kempen bersepadu bagi memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan terlibat.

Dalam pada itu, Loke berkata kementerian menetapkan tempoh setahun kepada semua syarikat pengeluar kenderaan terlibat untuk menukar beg udara itu kecuali syarikat Honda yang diberi masa sehingga akhir tahun ini memandangkan kemalangan nyawa melibatkan model Honda City adalah yang paling kerap berlaku.

“Berdasarkan data yang diperoleh, setakat ini sebanyak 262,296 atau 78.9 peratus daripada keseluruhan 332,458 kereta keluaran Honda telah menukar beg udara Takata yang merupakan peratusan tertinggi berbanding jenama lain,” katanya.

Jenama Nissan pula mencatatkan pematuhan 40.49 peratus daripada keseluruhan 177,803 kenderaan terlibat, Toyota (38.11 peratus daripada 177,803), Mitsubishi (44.72 peratus daripada 36,155), Mazda (15.64 peratus daripada 10,982), BMW (3.98 peratus daripada 8,320), Subaru (6.23 peratus daripada 305) dan Lexus (59.41 peratus daripada 303). – BERNAMA

Kategori