• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

206 Saman Bagi Op Selamat Aidilfitri Di Shah Alam

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sejumlah 206 saman dikeluarkan ke atas pesalah trafik dalam Op Selamat sempena Aidilfitri 2018 di kedua-dua arah tapak Plaza Tol Sungai Rasau dekat sini di Lebuhraya Persekutuan awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shariat berkata kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah nombor pendaftaran kenderaan bergaya melibatkan 59 kes.

Katanya sebilangan besar saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan lampu brek tidak menyala melibatkan 48 kes dan 26 kesalahan tiada lesen memandu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang waram tangkap dikeluarkan terhadap mana-mana pesalah trafik dalam Op Selamat ini,”katanya dalam kenyataan.

Op Selamat itu yang berlangsung lebih empat jam sehingga pukul 4 pagi tadi melibatkan kekuatan enam pegawai dan 34 anggota polis dengan 238 jenis kenderaan diperiksa.

Azman sebelum ini dilapor berkata pihaknya tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang serta peraturan jalan raya terutamanya membabitkan enam kesalahan yang yang diberikan tumpuan utama.

Beliau dilapor berkata dalam Op Selamat di Selangor ini, pihaknya akan gunakan konsep ‘total enforcement’ atau penguatkuasaan penuh terhadap kesemua undang-undang dan peraturan jalan raya yang sedia ada. – BERNAMA

Tags: Op Selamatsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd