• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Exco Pahang Baru Dilantik Angkat Sumpah

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Razak dan ADUN Batu Talam, Datuk Abd Aziz Kiram hari ini dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) bagi Penggal Ke-14.

Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Jawatan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di sini.

Turut hadir pada majlis istiadat tersebut termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, lapan Exco yang dilantik sebelum ini dan barisan ADUN.

Mohd Soffi merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar pada penggal lepas, manakala Abd Aziz manakala adalah antara empat muka baru yang dilantik menjadi Exco kerajaan negeri untuk penggal ini.

Perlantikan tersebut sekali gus melengkapkan jumlah 10 Exco seperti yang dibenarkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Sebelum ini lapan ADUN termasuk lima muka lama dilantik menjadi Exco pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Jawatan dan Angkat Sumpah dalam majlis yang diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan pada 15 Mei lalu.

Mereka ialah Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin (Lanchang), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul) dan Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau), manakala muka baharu pula ialah Datuk Nazri Ngah (Pulau Tawar), Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar) dan Abd Rahim Muda (Lepar).

Sementara itu Wan Rosdy yang ditemui selepas istiadat itu berkata dengan perlantikan dua Exco baharu itu, beliau akan melepaskan dua daripada empat portfolio yang disandang sebelum ini.

“Saya akan umumkan portfolio yang akan disandang oleh dua Exco baharu ini selepas Mesyuarat Mingguan Exco esok. Setakat ini belum dimuktamadkan lagi portfolio mana yang akan saya lepaskan kerana mungkin ada sedikit perubahan,“ katanya.

Empat portfolio itu yang disandang Wan Rosdy sebelum ini ialah Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Tanah dan Sumber Asli; Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi; Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli serta Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Bioteknologi.

Wan Rosdy selain itu turut menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku untuk melantik dua Exco baharu itu bagi mengisi kekosongan sebelum ini.

Sementara itu Mohd Soffi turut merakamkan ucapan menjunjung kasih terhadap perkenan Pemangku Raja dan sokongan Menteri Besar Pahang melantiknya sekali lagi menjadi Exco bagi penggal keempat,

“Kepercayaan ini akan dijadikan digunakan sebaiknya untuk bersama-sama Menteri Besar Pahang membangunkan negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ExcoPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd