• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Zulhasnan Mengundi Di SK Setiawangsa

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, menjadi calon tunggal Parlimen Setiawangsa yang mengundi di dalam kawasan itu, hari ini.

Zulhasnan yang juga calon Barisan Nasional (BN), selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa di sini, hari ini, kira-kira jam 9.35 pagi tadi.

Beliau tiba ke pusat mengundi itu bersama isteri, Puan Sri Siti Nooriah Anna Razak serta empat lagi ahli keluarga lain, sekitar jam 8.30 pagi, bagi melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Terdahulu, Zulhasnan beratur selama lebih sejam bersama-sama pengundi di Parlimen Setiawangsa sebelum selesai mengundi, dan bergerak melawat 16 pusat pengundian lain di Parlimen terbabit.

Kerusi Parlimen Setiawangsa yang memiliki 72,136 pengundi, menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Zulhasnan yang dicabar Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ubaid Abdul Akla.

Zulhasnan yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), adalah satu-satunya calon Parlimen Setiawangsa yang mengundi di kawasan itu, manakala Nik Nazmi di Kelana Jaya, Selangor dan Ubaid di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Pada PRU13, BN menang di kerusi Parlimen Setiawangsa menerusi calonnya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang menewaskan calon PKR, Ibrahim Yaacob dengan majoriti 1,390 undi.

Bagi PRU14, BN mencalonkan semula Zulhasnan untuk bertanding di kerusi terbabit selepas pernah menjadi Ahli Parlimen Setiawangsa pada 2004 dan 2008, selain Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 1999. –BH ONLINE

Tags: Barisan NasionalPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd