• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warner Turut Berkempen Pupuk Kesedaran Mengundi

oleh Haris
06/05/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI menarik orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, kempen mengenai pentingnya mengundi telah dijalankan banyak pihak.

Syarikat rakaman terkenal, Warner Music Malaysia (Warner) turut serta melancarkan kempen bagi memupuk kesedaran kepada orang ramai di negara iniberkenaan pentingnya menunaikan kewajipan mengundi.

Inisiatif yang diambil Warner ini selaras dengan seruan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini memohon pihak korporat menyampaikan mesej kepentingan mengundi kepada masyarakat menggunakan pendekatan sendiri.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kempen yang dilakukan syarikat tersebut, Eksekutif A&R Warner Music, Raja Nazreen berkata kempen itu merupakan usaha Warner memupuk kesedaran ramai selain memeriahkan lagi PRU-14 yang kian menjelma.

“Inilah usaha kami untuk memeriahkan suasana pilihan raya, selain melaksanakan tanggungjawab sosial syarikat ini,” katanya kepada media tempatan.

Melalui kempen tersebut, pihak Warner telah menerbit dan melancarkan dua video mengajak orang keluar mengundi pada hari berkenaan berjudul Undilah dan #DontVote.

Video Undilah menampilkan beberapa artis baharu di bawah naungan Warner seperti Andi Bernadee, Dewi Seriestha, Bella Nazari dan Wan Shahjuddin menyanyikan semula lagu kempen mengundi Pilihan Raya Umum Tanah Melayu yang pertama pada 1955.

Lagu berentak boria yang dinyanyikan Allahyarham Datuk Zainal Alam Zainol Abidin itu pernah membuatkan suasana pilihan raya pada zaman itu menjadi ceria seolah-olah menyambut hari raya.

“Sebagai penghargaan muzik zaman 50-an, kami menampilkan penyanyi generasi baharu untuk merakamkan semula lagu ini. Ia juga bertepatan dengan kebangkitan muzik era lalu di kalangan anak muda sekarang.

“Kami berharap, ia bukan saja dapat mendedahkan golongan muda terhadap irama klasik berentak boria, tetapi mampu menarik perhatian mereka terhadap mesej yang disampaikan dalam lagu itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, video #DontVote pula merupakan cara Warner menggunakan pengaruh artis popular zaman ini menyampaikan mesej mengajak peminat keluar mengundi pada 9 Mei nanti.

Video berdurasi seminit itu turut menampilkan artis seperti Aizat Amdan, Altimet, Marsha Milan, Yasin, Loque, Wings, Maya Karin dan Kaka Azraff yang dalam masa sama menjalankan tanggungjawab sosial mereka sebagai figura awam.

Video yang meminta orang ramai untuk ‘tidak keluar mengundi’ itu merupakan cara Warner menarik netizen untuk melihat video tersebut.

“Sengaja kami menggunakan clickbait dan reverse psychology supaya mesej itu dapat disampaikan terus kepada golongan sasaran kami, iaitu mereka yang tidak mahu atau tak sedar kepentingan mengundi, tetapi mahukan justifikasi kenapa mereka tidak perlu mengundi.

“Apabila dibuat sedemikian, diharap mereka akan menonton video ini dan menerima nasihat yang disampaikan,” ujar Raja Nazreen.

Selain dua video itu, Warner turut menyediakan panduan ringkas kepada orang ramai mengenai proses pilhan raya dalam bentuk infografik sebagai penduan kepada pengundi baharu.

Kedua-dua video berkenaan sudah mula dimuat naik di laman YouTube Warner sejak 26 April lalu dan kini sudah ditonton lebih 19,000 kali. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Altimetmaya karinwarner music
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

10/02/2024
0

AMPANG - Tular di media sosial imej seorang lelaki seperti 'kembar' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed...

Afdlin Shauki, Altimet Sertai PKR

02/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd