Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

‘Shisha Stick’ Alat Baharu...

KUALA LUMPUR - Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota...

Malaysia Belasah Oman Pada...

KUALA LUMPUR – Malaysia menamatkan aksi pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Asia 2017...

Jangan Sibuk Tangkis Tohmahan...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO diingatkan supaya tidak alpa sehingga terlupa untuk menceritakan...

RM137j Nanti Pemenang Ratu...

RIYADH - Lebih 300,000 unta akan menyertai pertandingan merebut gelaran unta paling cantik...

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

AMPANG – Tular di media sosial imej seorang lelaki seperti ‘kembar’ kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki bermisai dan berbadan sasa itu mempunyai wajah seiras Altimet hingga menjadi usikan dan gurauan oleh pengguna di aplikasi X.

Difahamkan lelaki berkenaan bertugas sebagai pengawal peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara komen nakal ditinggalkan pengguna media sosial bertanyakan sama ada lelaki itu Yang Berhormat (YB) Altimet atau Mc Kari.

Ada juga yang berkata, rambut palsu nampak betul seperti YB Altimet.

Tidak kurang yang bergurau bertanyakan sama ada YB Altimet membuat kerja sambilan sebagai pembantu peribadi.


Sementara itu, Altimet ketika ditanya berkenaan perkara itu mengesahkan tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan lelaki berkenaan.

Beliau berkata, sebelum ini pernah berjumpa beberapa kali dengan individu berkenaan namun tidak sempat untuk beramah mesra disebabkan komitmen kerja.

Bagaimanapun, beliau sempat berswafoto dengan individu berkenaan dalam satu majlis beberapa bulan lalu.

“Kami tiada pertalian darah. Kalau jumpa, masing-masing sedang bertugas jadi kami tiada peluang bersosial,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori