Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

RoS Benarkan UMNO Tangguh...

SAH... Jika ada yang masih lagi 'bawa mulut' konon UMNO adalah parti haram...

13 Pelajar Sesat Di...

REMBAU - Tiga belas pelajar Fakulti Sains Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM)...

Keadilan Untuk Gadis Yang...

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki yang dituduh menyebabkan kematian seorang remaja perempuan...

Lucinta Luna, ‘Teman Lelaki’...

JAKARTA - Polis Indonesia selebriti Lucinta Luna selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.Detiknews...

“Wang Bukanlah Penentu Kepada Kebahagiaan”

PELAKON terkenal, Fizo Omar mengakui kekayaan serta wang ringgit bukanlah penentu utama kepada kebahagiaan.

Menurut pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, dia belajar mengenal erti kebahagian ketika mengalami zaman kejatuhan sewaktu bujang.

“Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik semenjak kelahiran puteri sulung saya dan isteri. Saya dapat rasakan kebahagian itu.

“Sebab masa zaman bujang saya terlalu mengejar karier dan kewangan. Tapi apabila Allah uji saya jatuh bankrap dan kena tipu. Dari situ saya mula mengenal erti kebahagian.

“Tak semestinya kita ada duit, kita boleh bahagia. Proses yang saya jatuh tu, saya banyak belajar,” kata Fizo dipetik mStar online.

Tambah Fizo, dia menyepi dalam dunia hiburan dalam industri seni selama empat tahun sebelum ini kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan.

Katanya lagi, perancangan Allah itu sangat sempurna apabila dia dan isteri, Mawar Karim dikurniakan cahaya mata pertama selepas selepas empat tahun berumah tangga.


“Saya hilang selama empat hingga lima tahun ini sebab nak fokus pada perniagaan. Bagi ruang untuk diri belajar. Saya pernah tertanya kenapa Allah tak beri rezeki anak awal?

“Apabila fikir balik, kalau Allah bagi anak waktu itu, mungkin saya tak dapat luangkan masa dengannya. Saya kerja keras keluar pagi, balik tengah malam.

“Kadang-kadang ada kerja luar seminggu. Isteri pun sama. Susunan Allah itu cantik. Selepas perniagaan kami semakin baik, baru dikurniakan bayi.

“Kami ada masa untuk bersama dan saya juga boleh bekerja dari rumah sahaja. Duit tak banyak tapi cukuplah untuk menampung keluarga kecil saya,” ujarnya.

Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam yang lahir pada 29 Disember lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori