Sample Page Title

PELAKON, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, pagi semalam.

Pengurus Fizo, Mimi ketika dihubungi mengesahkan berita pernikahan itu yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi.

“Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat saja. Mereka hanya ingin meneruskan apa yang wajib memandangkan Fizo juga sudah lebih dua tahun menduda,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mimi, Fizo dan Fazeera sudah lama berkenalan dan membuat keputusan untuk berkahwin tahun ini.

Fazeera turut memuat naik dua gambar dia mengenakan baju pengantin berwarna putih selain menggunakan gambar Fizo lengkap berbaju Melayu putih bersama anak perempuannya, Wan Maryam sebagai gambar profil akaun Instagram itu.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan keterangan gambar, ‘Alhamdulillah’.

Fazeera yang dikatakan berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Dalam pada itu, Mimi memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.


“Benar. Akaun Tik Tok yang tular adalah milik Fazeera, tetapi dia memilih untuk menyah aktifkan akaun berkenaan atas sebab peribadi. Mungkin juga terkejut dengan perhatian daripada banyak pihak,” katanya.

Malam tadi, Fizo memuat naik gambar dia berbaju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan dia sudah bernikah sekali gus ‘meninggalkan’ status duda.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Fizo sejak malam tadi tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...