• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Umum Shafie Bakal KM Sabah Baharu?

oleh
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR… Jika sebelum ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertindak biadab mendahului perkenan Yang di-Pertuan Agong apabila mengumumkan tiga calon parti itu bakal menjadi menteri.

Kali ini penyakit sama melanda Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mengumum Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal sebagai bakal ketua menteri baharu.

Lucunya, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 belum berlangsung namun, pengumuman dibuat di hadapan penyokong mereka itu sengaja dibuat pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) dan Warisan di Kota Kinabalu semalam.

Dalam ucapannya, Wan Azizah yang juga Presiden PH dilaporkan media cuba ‘hasut’ warga Sabah supaya menerima apa sahaja kemudahan dan manfaat yang diberikan oleh pihak kerajaan sedia ada, Barisan Nasional (BN).

Namun pada PRU ke-14 yang diadakan pada Rabu depan, rakyat negeri ini digesa mengundi calon PH dan Warisan bukannya parti-parti komponen BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa sahaja yang Najib sumbangkan kepada Sabah, kita ambil kerana orang sudah memberi kenapa kita perlu menolak?  Bagaimanapun, perlu ingat pada pilihan raya umum nanti pastikan anda pilih kami (PH dan Warisan).

“Sudah tiba masanya kita tumbangkan BN. Kita ubah Sabah,” kata Wan Azizah yang turut dikutuk netizen apabila terpaksa ‘lompat’ kerusi dari Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang ke Pandan, Selangor untuk PRU ke-14 kali ini.

Sementara itu, Mohd. Shafie yang tegar ‘mengangkat’ sentimen kenegerian sebagai retorik parti Warisan seakan-akan hilang modal apabila berulang kali membangkitkan isu yang sama dalam ucapan kempen politik beliau.

Antaranya ialah 1MDB, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta mempertikaikan pelantikan individu dari Semenanjung untuk mengisi beberapa jawatan perkhidmatan awam di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain Wan Azizah dan Mohd. Shafie, ceramah yang bermula hambar pada pukul 8 malam itu turut dihadiri oleh Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew dan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: parti warisan sabahShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd