• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat PH Tak Perlu Serang Pihak Lawan

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) diminta jangan bersikap membalas dendam terhadap musuh politik, sebaliknya, menunjukkan kesederhanaan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH mempunyai tanggungjawab yang besar selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dan menggalas amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.

Beliau mengingatkan wakil rakyat PH supaya menunjukkan kesederhanaan dan elak daripada kegiatan boros dan rasuah yang sebelum ini digunakan untuk menyerang pemerintah semasa berada di pihak pembangkang.

“Kita dah menang tak perlu lagi menyerang lawan. Kita tidak boleh bergerak atas dasar dendam. Dendam itu penyakit hati,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Iftar Perdana di Yayasan An-Nahdhoh, di sini malam tadi.

Terdahulu, Anwar menyampaikan tazkirah sebelum menunaikan solat Maghrib dan diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama penduduk Permatang Pauh, di sini.

Menyifatkan kini adalah zaman kebebasan media, Anwar berkata setiap wakil rakyat sentiasa akan dipantau oleh rakyat dan mereka perlu menunjukkan komitmen sebagai tanda terima kasih kepada rakyat kerana terus setia menyokong serta memberi kepercayaan kepada PKR dan PH.

“Oleh itu, mereka (wakil rakyat) perlu tahu, rakyat kini yang lebih sedar akan menilai prestasi kita, tidak seperti regim sebelum ini yang semunya dikawal, sekarang ini semua lebih terbuka,” katanya.

Ditanya mengenai perasaannya selepas kembali ke kampung halaman, Anwar berkata beliau sangat bersyukur dan terubat sedikit kerinduan kepada kawan-kawan dan keluarga serta penduduk di Permatang Pauh.

“Alhamdulillah saya syukur nampak kawan-kawan dan keluarga. Semangat dan kesetiaan mereka cukup kuat. Permatang Pauh ini luar biasa, sambutannya…kasih sayangnya. Saya sangat terharu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan pulang ke Permatang Pauh pada Aidilfitri ini, Anwar berkata: “Saya akan pulang ke kampung halaman tapi kena ikut jadual Timbalan Perdana Menteri (isterinya) (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail).” – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPermatang Pauh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd