• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Dua Tahun Lalu, Ibu Syafiq Orang Paling Sedih

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BULAN Ramadan tahun ini benar-benar menguji diri pelakon yang kini sedang hangat diperkatakan iaitu Syafiq Kyle akibat penyebaran video lucah baru-baru ini.

Baca: ‘Syafiq Kyle’ Mohon Maaf, Rayu Padam Video?

Juga: Syafiq Kyle Mohon Isu Tidak Dipanjangkan Lagi

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 26 tahun itu tetap akan terus berhadapan dengan pandangan berbeza-beza dan membiarkan masyarakat memberikan pandangan mereka tentang sama ada dia mengaku atau tidak bahawa jejaka di dalam video itu ialah dirinya.

“Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan.

“Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya,” katanya kepada pihak mStar Online.

Semalam, Syafiq dan pihak pengurusannya telah mengadakan satu sesi sidang media khas bersama beberapa wartawan lain berkenaan isu tersebut bagi menjalaskan keadaan perkara yang sedang terjadi.

Namun pelakon drama Nur itu akui bahawa sejak dua tahun lalu, dia sudah pernah mengetahui tentang kewujudan video berkenaan tetapi tidak diketahui tentang kesahihannya.

Malah, ketika itu ada beberapa individu turut mengakui bahawa mereka sudah mempunyai video tersebut pada sekitar dua tahun lalu.

“Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu.

“Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.

“Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya,” ujarnya lagi.

Syafiq dikenali sebagai seorang aktor yang sangat rapat dengan keluarganya. Disebabkan kontroversi itu, ibunya merupakan individu yang paling kecewa dan terkesan.

Tetapi mujur keluarganya masih memberi sokongan padu kepadanya serta menjadi tulang belakang kepadanya untuk berhadapan dengan pengalaman paling buruk ini.

https://www.instagram.com/p/BjWyFRTATiU/?taken-by=syafiqkylez

“Ibu saya menangis sebelum dia jumpa saya berbincang tentang perkara ini. Sudah tentu dia sedih kerana laman berita yang melaporkan berita-berita kerjaya dan kejayaan saya bertukar melaporkan berita paling buruk anak dia.

“Saya tahu apa yang terjadi ini memberi kesan juga pada kehidupan mereka, saya sendiri kena bangun tunjukkan sesuatu yang positif agar mereka tidak bimbang dengan keadaan saya,” tambahnya lagi.

Ketika ditanya tentang wanita di dalam video berkenaan yang dikenali sebagai ‘Mira’ itu, Syafiq mengakui kemungkinan dia mengenali individu berkenaan.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak memanjangkan hal itu serta mendiamkan diri sahaja tentang wanita dikenali sebagai ‘Mira’ itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenSyafiq Kyle
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang pempengaruh dikenali sebagai Cikgu Asai mengenai pengalaman dibuli ketika zaman persekolahan mengundang reaksi pengguna media...

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd