Sample Page Title

“KAMI mohon budi bicara Datuk Seri untuk mempertimbang kehendak akar umbi yang mahu rombakan dilakukan pada kepimpinan Jabatan Pengarang Utusan yang dilihat gagal memenangkan BN dan UMNO.

“Selain itu, kami percaya kerugian Utusan selama ini berpunca daripada amalan mismanagement pemimpin pengarang, amalan dibayar orang politik berkepentingan, amalan rasuah, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan pendek kata guna Utusan dan kemudahan untuk poket sendiri.”

Ini ditegaskan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) dalam satu memorandum mewakili syarikat akhbar Melayu yang menjadi suara utama politik Melayu sejak sekian lama.

Para wartawan Utusan Malaysia tersebut mahu UMNO yang menjadi pemegang saham terbesar Utusan merombak kepimpinan dan pengurusan syarikat itu untuk membersihkannya daripada pelbagai masalah yang membelenggu.

Memorandum itu dihantar kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memangku tugas presiden UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Mereka mencadangkan Penolong Ketua Pengarang 1, Datuk Zaini Hassan untuk mengepalai syarikat akhbar yang menyimpan sejarah tersendiri perjuangan Melayu itu.

Zaini mungkin pilihan paling tepat untuk memimpin syarikat akhbar Melayu ini, berdasarkan pandangan-pandangan yang beliau suarakan demi kepentingan Melayu selama ini dalam kolumnya di Utusan.

Selepas kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, masa depan Utusan menjadi persoalan ekoran pendirian politiknya akan menjadi tidak popular dan melawan arus.


Sikap politik ini dibimbangi menjadikan Utusan mangsa keadaan dan mungkin berdepan tekanan daripada musuh-musuh politik.

Turut dibimbangkan ialah hala tuju akhbar ini yang masih perlu kekal menjadi suara orang Melayu yang kuat.

Sangat penting kepimpinan baharu di peringkat editorial dan pengurusan mengambil alih Utusan untuk membersihkannya daripada masalah lalu yang menjadi punca kepada kemelut dihadapi hari ini.

Untuk UMNO dan suara politik Melayu bangkit dan mendepani cabaran zaman yang lebih getir ini, tidak dapat tidak kepimpinan Utusan perlu berubah.

Keupayaan dan jiwa Utusan yang ada pada Zaini diyakini boleh mengemudi akhbar Utusan menjadi suara yang lebih berwibawa menghadapi tuntutan semasa. – Mynewshub.cc

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...