Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Ucoppp Cuit Hati Ramai...

SIAPA sangka Eusoff Hashim, pemilik akaun Instagram @ucoppp kini menjadi selebriti media sosial dengan...

PAN ‘Lembik’ Dan ‘Cair’...

KUALA LUMPUR - Keangkuhan PAS jauh lebih baik berbanding Parti Amanah Negara (PAN)...

7 Ironi Dalam Belanjawan...

IRONI adalah suatu tindakan bersifat berlawanan atau keadaan yang bertentangan antara apa yang...

Wanita UMNO Kesal PH...

GEORGE TOWN - Pergerakan Wanita UMNO menzahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Pakatan...

Undi Dua Kali Tidak Mungkin Berlaku – SPR

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati mengundi dua kali atau lebih pada hari pengundian 9 Mei ini sempena ​Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata perkara itu tidak mungkin berlaku kerana nama pengundi yang telah mengundi akan dipotong daripada senarai pemilih dan SPR melaksanakan saringan khas bagi mengelak mereka mengundi kali kedua.

“Setiap rakyat Malaysia hanya mempunyai satu kad pengenalan, semakan teliti akan dijalankan semasa hari mengundi serta ada sistem dakwat, kita akan rujuk peraturan yang ditetapkan oleh SPR sekiranya ada individu yang mempunyai niat menipu dan menyamar untuk mengundi dua kali.

“Saya percaya pengundi pada PRU kali ini telah matang dan kita harap tidak akan timbul isu undi dua kali,” katanya kepada pemberita selepas sesi semakan isi peti undi awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Tanjung Kling, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita bertarikh 21 Mei 2013 bahawa semasa PRU13 seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kuantan mendakwa dirinya berjaya mendapat kertas undi untuk kali kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya.

Othman turut memberi jaminan penggunaan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi yang mengundi awal tidak akan hilang 100 peratus walaupun telah dicuci.

“Dakwat tidak akan hilang dan setakat ini kita lihat lebih kurang seminggu dakwat berkenaan akan kekal,” katanya.


Beliau juga menasihatkan pengundi agar keluar mengundi lebih awal pada 9 Mei berikutan faktor cuaca yang tidak menentu mungkin menjejaskan pergerakan dan keselesaan ketika menunggu giliran di pusat mengundi.

“Satu kerugian bagi rakyat sekiranya terlepas tempoh mengundi yang bermula 8 pagi hingga 5 petang kerana PRU hanya akan berlaku sekali dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 SPR yang diwartakan pada 10 April lepas, jumlah pengundi awal yang akan mengundi esok adalah 300,255 dengan jumlah pengundi awal tentera dan pasangan 172,351 serta pengundi awal polis dan pasangan sebanyak 127,904. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori