• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Dipertandingkan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – UMNO Johor hari memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu mesti dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan tersebut dicapai pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan petang ini.

“Kita (UMNO Johor) setuju semua peringkat jawatan mesti dipertandingkan. Pada kita, ini peluang bagi UMNO untuk lakukan pembaharuan dan mempamerkan kesungguhan untuk berubah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday; Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Mohamed Khaled berkata mereka yang dipilih menjadi pemimpin kelak diharapkan dapat melakukan perubahan secara besar-besaran terhadap parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

“Kita hendak supaya dia (yang dipilih) bawa soal perubahan dan pembinaan memulihkan semula UMNO secara besar besaran…dari segi struktur organisasi, perjalanan, tawaran kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu. Ini yang kita bincang dan capai hari ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad sebagai Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Mohamed Khaled berkata sehubungan itu, pihaknya berharap kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan mengiktiraf dan memberi layanan sebaiknya kepada Hasni.

“Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan mahu sistem dua parti dalam negara, oleh demikian, kami harap mereka mengiktiraf dan memberi layanan kepada Ketua Pembangkang dari BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd