Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Kenali Siapa Tan Sri...

Hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib Datuk...

Campak Bayi: Pasangan Kekasih...

GEORGETOWN - Seorang pelajar sebuah kolej berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai mencampakkan...

Pakatan Harapan Lemah Di...

KUCHING - Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara...

Kastam Pasang Peranti Kesan...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memasang peranti 'dongle' pada...

Tunku Temenggong Kedah Beri Sumbangan

ALOR SETAR – Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan kepada 100 pesakit kanak-kanak di Hospital Sultanah Bahiyah.

Pengurus Besar Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) Misbah Abdul Hamid berkata program anjuran bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Kedah itu bertujuan untuk memberi keceriaan kepada pesakit kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ini adalah acara tahunan YSB setiap Ramadan dan sumbangan itu merupakan hasil sumbangan peribadi Tunku Temenggong dan dana YSB,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan berbentuk barangan keperluan dan wang tunai itu kepada pesakit kanak-kanak di wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.

Sementara itu, Misbah berkata pada 7 Jun ini pihak YSB akan menyampaikan sumbangan kepada 300 penerima sempena sambutan raya akan datang. – BERNAMA

Kategori