• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir, Anwar Dilihat Sebagai Gandingan Terhebat

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai gandingan terhebat yang diyakini rakyat untuk memacu Malaysia ke landasan gemilang.

Itulah antara harapan yang dilontarkan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang berhimpun menzahirkan sokongan mereka terhadap kepimpinan Mahathir, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh, di luar perkarangan Istana Negara, di sini hari ini.

Muhd Adam Khalid, 36, seorang penjawat awam berkata beliau yakin kedua-dua tokoh berkenaan mampu mengetepikan permusuhan mereka dahulu untuk memacu Malaysia ke landasan gemilang.

“Benar mereka pernah bermusuh. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk mereka bekerjasama semula, membentuk pakatan hebat kerana kedua-duanya mempunyai kredibiliti yang tersendiri dalam memimpin negara.

Mahathir dengan jelas mempunyai pengaruh yang besar dalam arena politik Malaysia meskipun telah meninggalkan profesion itu lebih 15 tahun lepas. Dengan pencapaian beliau hingga membawa negara ke mata dunia, kita percaya kita mampu berjaya,” katanya kepada Bernama.

Adam berkata Anwar pula dilihat sebagai seorang pemidato yang unggul kerana mampu mempengaruhi penyokong-penyokongnya terutama anak-anak muda kerana rata-rata penyokongnya terdiri daripada golongan belia.

Beliau menjelaskan kepimpinan Anwar terserlah apabila menjawat jawatan penting seperti Menteri Kewangan pada tahun 1990-an hingga negara mengecapi pertumbuhan ekonomi yang baik.

Sementara itu, Mohd Faizal Mohd Ali, 36, antara penyokong PH gembira apabila Pilihan Raya ke-14 (PRU14) ini berpihak kepada PH.

“Saya gembira PH menang sebab mereka telah janjikan untuk menghapuskan GST. Saya berharap Tun dapat mengembalikan pemerintahan seperti yang lalu,”katanya.

Menurut pekerja syarikat swasta B. Anbarasan, 27, beliau terharu dengan kegigihan Dr Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri walaupun usianya sudah mencecah 92 tahun.

“Kita dapat lihat dia sedang berusaha untuk menyelamatkan negara kita. Dia ingin membantu generasi akan datang supaya hidup mereka tidak lebih terbeban seperti sekarang,” katanya di luar pintu Istana Negara itu. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd