• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Pengerusikan Mesyuarat Dengan KSN, KSU

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8 di sini untuk mempengerusikan mesyuarat khas pelaksanaan 10 janji 100 hari kerajaan bersama pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam hari ini.

Ketibaan beliau pada 9.10 pagi dinanti-nantikan oleh lebih 50 wakil media tempatan dan antarabangsa yang menunggu di hadapan pagar Yayasan Kepimpinan Perdana seawal 7 pagi.

Sebelum memasuki pagar bangunan itu, kenderaan yang membawa perdana menteri diperlahankan dan cermin diturunkan, menarik jurugambar untuk mendekati kenderaan berkenaan sebelum dihalang pegawai keselamatan dan polis.

Dr. Mahathir melemparkan senyuman kepada wakil media dari kenderaan beliau.

Mesyuarat berkenaan dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan ketua-ketua setiausaha pelbagai kementerian.

Ini merupakan mesyuarat rasmi pertama Dr. Mahathir bersama pegawai kanan perkhidmatan awam selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu lepas.

Kemenangan PH menamatkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama 61 tahun.

Susulan kemenangan itu, pada 10 Mei, Dr. Mahathir mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kali kedua pada usia 92 tahun sekali gus menjadi pemimpin negara yang paling berusia di dunia. – BERNAMA

Tags: KSNTun Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Semua kementerian dan agensi kerajaan perlu menyemak semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan atau Business Continuity Plan (BCP) masing-masing bagi...

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd