• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Juhar Buat Laporan Polis Terhadap Musa Aman

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dipercayai telah membuat satu laporan polis terhadap bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman malam tadi.

Ketika dihubungi di sini hari ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan laporan polis itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai butiran laporan berkenaan.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei lepas selepas memperoleh majoriti mudah.

Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di hadapan Juhar dua hari kemudian (12 Mei) selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN berpaling tadah kepada Warisan.

Enggan meletak jawatan, Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Sabah, Abinan Asli pada 14 Mei menyampaikan surat pemberitahuan kepada Musa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri.

Susulan itu, pada 17 Mei lepas, Musa telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Juhar dan Mohd Shafie memohon pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah. – BERNAMA

Tags: Musa AmanTun Juhar Mahiruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

23/12/2022
0

PETALING JAYA: Pelantikan semula Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah menamatkan spekulasi bahawa terdapat tiga nama lain bakal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd