• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Baju Ibu Menyusu, Erry Berterima Kasih Pada Netizen

oleh
27/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA baju Melayu keluarannya kelihatan seperti busana ibu menyusukan anak, pelakon Erry Putra berterima kasih kepada seorang wanita yang telah memuat naik gambar bajunya di laman Twitter baru-baru ini sehingga tular di media sosial.

Erry atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Hamzah @ Ahmad telah menjalinkan kolaborasi bersama dengan UA Butik bagi mengeluarkan produk baju Melayu bersempena Aidilfitri ini.

“Sejak petang semalam, beberapa keping foto memperlihatkan saya dan adik tiri saya menggayakan baju berkenaan mula tular di pelbagai laman sosial.

“Berdasarkan komen netizen, ramai berpendapat, rekaan baju Melayu itu menyerupai pakaian yang direka khas untuk kemudahan ibu menyusukan bayi mereka,” katanya dipetik daripada sebuah portal.

https://www.instagram.com/p/BjMzC7MhfNZ/?taken-by=aerrysaputra

Malah bagi pelakon berusia 40 tahun itu, dia langsung tidak marah dengan netizen yang mempersendakan rekaan baju berkenaan kerana ia langsung tidak menjejaskan perniagaannya malah hasil jualan pula semakin meningkat secara mendadak.

Jelas Erry, rekaan baju berkenaan telah menggabungkan tiga baju tradisi yang mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu baju Melayu, kurta dan samfu.

Dalam masa yang sama, ia merupakan kolaborasi pertama Erry bersama butik berkenaan dan hasil rekannya telah dicapai melalui perbincangaan antara kedua-dua belah pihak.

Baju berkenaan telah dikeluarkan dalam 20 warna pilihan dengan tiga rekaan yang berbeza serta orang ramai boleh mendapatkannya di butik yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam atau terus ke laman Instagram mereka sendiri.

Bukan sahaja Erry yang telah bekerjasama dengan UA Butik, malah atlet bina badan negara iaitu Sazali Samad turut mengeluarkan koleksi baju Melayu tahan lasak.

Ia cukup sesuai digayakan oleh golongan lelaki yang bertubuh sasa kerana dalam masa sama menggunakan fabrik tahan lasak. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: erry putraNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd