Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kajian Idea Pembangunan Bandar...

KOTA KINABALU - Kajian terhadap idea untuk membangunkan "Bandar Raya Belia" akan dimulakan...

Minta Cerai Kerana ‘Rasa’...

GARA-GARA wanita yang baru dikahwini tidak mengalami sebarang pendarahan ketika melakukan hubungan seks...

Setiausaha Politik Zuraida Minta...

PUTRAJAYA - Lih Kang, jaga mulut! Demikian peringatan Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Nor...

Seorang Dikhuatiri Maut, 3...

KUALA LUMPUR - Seorang dikhuatiri maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran di...

Tugas JKKK Negeri Sembilan Diteruskan – Aminuddin

SEREMBAN – Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meneruskan tugas hampir 400 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) buat masa ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Beliau berkata tindakan itu adalah bagi memberi peluang kepada JKKK untuk terus mentadbir sebelum melakukan sebarang perubahan di masa akan datang.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak memberhentikan ahli JKKK ataupun ahli majlis dalam tempoh serta-merta, kerana kita juga perlu mengambil masa untuk merombak kepimpinan akar umbi tersebut,” katanya ketika berucap di Majlis Iftar Perdana Masjid Kariah Ibnu Khaldun, Lavender Height di sini, hari ini.

Minggu lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dibubarkan.

Beliau berkata MPN, JASA dan JKKP dibubarkan kerana wujud unsur politik, manakala fungsi SPAD akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan. – BERNAMA

Kategori