Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Angkat PPBM Untuk Kerajaan...

PAGOH, 19 Okt – Pemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Jihan Muse Dikritik Netizen...

PELAWAK dan pengacara Jihan Muse dikritik segelintir netizen gara-gara sebuah video yang dimuat...

‘Bikini’ Punya Pasal, Ainul...

AKIBAT terpalit dengan kontroversi bergambar memakai bikini ketika bercuti di Boracay, Filipina beberapa...

CGC Berhad Tiada Kaitan...

KUALA LUMPUR - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menafikan mempunyai sebarang kaitan...

Trending Media Sosial Tak Bantu Rating TV – Azhan

DRAMA Nur kini semakin digemari oleh peminat drama Melayu ketika ini tetapi kecenderungan penonton menonton drama melalui platform bukan televisyen sedikit sebanyak mengundang kerisauan pelakon Azhan Rani.

Bagi Azhan, tindakan peminat yang menonton drama berkenana di medium lain langsung tidak membantu stesen televisyen menaikkan rating mereka.

“Terima kasih atas maklum balas yang mencurah-curah mengenai drama Nur. Namun, hakikatnya, biarpun trending di laman sosial saban hari, rating melalui tontonan di TV masih kurang meyakinkan.

“Biarpun banyak pihak memberi maklum balas positif mengenai Nur, segelintir pihak nampaknya mengambil pendekatan mudah dengan menonton melalui medium yang tidak sah,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Drama Nur lakonannya melalui slot Samarinda itu telah berjaya menarik perhatian ramai peminat kerana jalan ceritanya yang kelihatan berlainan daripada drama biasa.

Lakonan mantap antara Azhan, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Norkhiriah dan ramai lagi itu mengisahkan tentang kehidupan seorang anak kepada penceramah terkenal.

Kisah percintaan antara seorang ustaz dengan pelacur yang tertarik untuk mendekatkan diri dengan agama Islam serta meninggalkan kehiduapn kotornya di lorong turut membuatkan penonton lebih tertarik dengan jalan ceritanya.

Malah, pelakon berusia 42 tahun itu turut risau sekiranya karya hebat seperti itu hanya tingal sejarah sehaja disebabkan tidak mendapat sambutan penonton kerana mereka asyik menonton di medium lain.


“Apa yang kekal hanyalah apa yang ada di kaca TV yang menampilkan plot dan jalan cerita yang sama.

“Saya tidak meminta kita semua membuang itu semua (medium bukan TV), sebaliknya berilah sedikit ruang kepada karya membina untuk bernafas,” ujarnya lagi.

Sebagai pelakon lama, Azhan mahu dakwahnya melalui karya berjaya menjentik hati penonton walaupun dia membawa watak antagonis.

Namun baginya dia berpegang dengan niat baik iaitu dengan memberikan pengajaran dalam setiap watak yang dibawanya.

“Ini adalah mengenai kualiti produk yang kita sayang bak kata-kata pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar. Saya percaya anda semua ingin menonton cerita begini lagi. Jadi, ubah mentaliti dengan menonton di saluran yang sah bagi membuktikan apa yang anda mahu.

“Jika tidak, pihak produksi, penulis, pengarah dan pelakon terpaksa terus menghasilkan drama yang diperlekehkan orang ramai supaya dapat terus membayar bil kami,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori