• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Pakatan Harapan Yang Tak Mampu Beri Harapan

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Pengundi perlu menolak sebuah gabungan pembangkang yang terdiri daripada parti yang sering berpura-pura dan tidak mampu memberi harapan kepada rakyat walaupun menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau yang mempertahankan kerusi Parlimen Padang Besar berkata, perkara itu jelas dilihat semasa pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Parlimen baru-baru ini, apabila PKR dan PAN sangat lantang menentangnya.

“DAP pula kata tak menentang Islam, tapi masa di parlimen dia paling kuat tentang RUU 355, begitu juga Amanah (PAN) dan PKR, kemudian di luar tidak malu pula cakap tidak menentang Islam.

“Di Parlimen lain yang mereka buat, tapi dengan orang ramai lain pulak kenyataan mereka sedangkan perkara itu boleh dilihat secara langsung di televisyen, jadi ingat rakyat boleh percaya mereka?” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di sini, hari ini.

Oleh itu katanya, pengundi beragama Islam khususnya, harus menolak PH yang disifatkan sebagai “cakap lain, buat lain”.

Dalam pada itu Zahidi berkata beliau yakin dengan pengundi-pengundi di kawasan Parlimennya yang dilihat jelas menolak PH dan kemenangan selesanya pada pilihan raya umum yang lepas menunjukkan Padang Besar adalah kawasan selamat untuk Barisan Nasional (BN).

“Di Padang Besar tiada masalah, proses berkempen juga berjalan dengan baik dan lancar dan saingan-saingan BN juga melakukan gerak kerja dalam keadaan harmoni,” katanya.

Sementara itu beliau yang juga Pengerusi Risda menyeru kepada badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat korporat agar meningkatkan sumbangan supaya boleh disalurkan kepada golongan memerlukan memandangkan Ramadan akan tiba tidak lama lagi.

“Seperti majlis pada hari ini, Risda menyampaikan sumbangan kepada lebih 6,000 asnaf bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan sempena Ramadan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd