Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kapal Korek Karam: 14...

JOHOR BAHRU - Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia, Pengerang...

Mustapa Diberi Mandat Runding...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat...

Banjir: Satu Pusat Pemindahan...

ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan yang menempatkan 46 mangsa dari 13 keluarga...

Kem. Pendidikan Lancar Kluster...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Kluster Perkhidmatan Kewangan, kluster ke-10 yang...

Tiga Lelaki Ponteng Puasa Ditahan – JAIP

RAMADAN nampaknya belum cukup memberi keinsafan kepada tiga lelaki apabila dicekup pihak berkuasa di beberapa lokasi berasingan di kawasan perindustrian Gebeng, Kuatan, Pahang, tengah hari Isnin.

Lapor Sinar Harian, ketiga-tiga lelaki beragama Islam itu ditahan dalam operasi Ramadan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Noor Abd Rani berkata, dua lelaki ditahan di kedai makan ketika sedang menikmati makanan tengahari kira-kira pukul 11.45 pagi.

Manakala seorang lagi lelaki ditahan ketika sedang merokok di lokasi yang sering menjadi tumpuan kaki ponteng puasa iaitu di sebuah pusat snoker.

“Mereka tidak memberi sebarang alasan ketika ditanya kenapa tidak berpuasa. Jaip akan meneruskan pemantauan sepanjang Ramadan terutama di lokasi panas,” katanya yang turut mengingatkan umat Islam supaya menghormati bulan puasa.


Ketiga-tiga lelaki berusia 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 22 iaitu Tidak Menghormati Ramadan dan boleh disabitkan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori