• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Upacara Angkat Sumpah Diadakan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan di Istana Negara hari ini.

Sumber daripada Istana Negara memberitahu Bernama upacara itu tidak akan diadakan pada hari ini seperti yang ditular di media sosial.

Beliau berkata pihak Istana Negara akan memaklumkan sekiranya sudah memperoleh maklumat terkini mengenai majlis berkenaan.

“Memang hari ini belum ada majlis mengangkat sumpah lagi. Jika ada info selepas ini pihak istana akan maklumkan.

“Setakat ini tiada maklumat bila (ia akan diadakan). Pastinya bukan hari ini, malam ini pun bukan,” kata sumber berkenaan.

Sekumpulan anggota media tempatan dan antarabangsa serta beberapa penyokong kerajaan Pakatan Harapan menunggu di luar kawasan berhampiran Istana Negara sejak pukul 8 pagi tadi.

Menerusi maklumat yang diterima sebelum ini daripada beberapa sumber, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 92, dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh susulan kejayaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 semalam.

Pakatan Harapan, gabungan empat parti politik pembangkang diketuai Dr. Mahathir menang besar pada pilihan raya kali ini, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Dr. Mahathir juga merupakan perdana menteri keempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima penggal berturut-turut dari 1982 hingga 1999. – BERNAMA

Tags: Istana NegaraPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd