• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Hakikat, Jangan Susahkan Rakyat – Hadi

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – “Menang atau kalah, kena terima hakikat, jangan menyusahkan rakyat dan negara,” itu pesan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini, hari ini.

Presiden PAS itu berkata, setiap calon dan parti yang bertanding perlu akur kepada keputusan dan kehendak pengundi.

 “Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, selamat dan tenteram. Kita sudah mengarahkan pengikut (PAS) sentiasa menjaga adab, mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

“Kita kena terima hakikat, biar rakyat buat keputusan dan jangan menyusahkan rakyat dan negara,” katanya.

Abdul Hadi tiba di pusat pengundian SK Rusila tepat jam 8 pagi dan selesai mengundi 10 minit kemudian.

Katanya, beliau turut berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian dan memuji petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjalankan tugas dengan baik.

Turut mengundi di sekolah berkenaan, anak kepada Abdul Hadi yang juga calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk yang tiba kira-kira jam 8.15 pagi.

DUN Ru Rendang yang sebelum ini disandang Abdul Hadi, menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mohktar (PAS) dan Dr. Zarawi Sulong (PKR). DUN itu mempunyai seramai 25,999 pengundi.

Sementara itu, Ketua UMNO Marang yang juga calon DUN Pengkalan Berangan, A Latiff Awang antara terawal mengundi jam 8.30 pagi di SK Padang Mengkuang.

Calon wanita BN bagi DUN Bukit Payung, Toh Puan Zaitun Mat Amin pula tiba di pusat pengundian sama kira-kira 9.30 pagi dengan ditemani anak lelakinya, Muhammad Hishamudin Muda. – BH Online

Tags: Barisan NasionalHadi AwangmengundiPASPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd