• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tam Spider Akui Kekok Pegang Anak Perempuan

oleh
02/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOA vokalis kumpulan Spider iaitu Tam untuk memiliki anak perempuan akhirnya dikabulkan oleh Tuhan apabila isterinya selamat melahirkan seorang puteri yang comel pada Khamis lalu.

Berkongsi pengalaman menjaga anak, Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa mengakui kekok untuk memegang anak perempuannya yang baru saja lahir itu.

Menurut Tam, dia yang mengurus serta menjaga anak keempatnya itu kerana isterinya, Aida Mustafa kini sedang menjalani tempoh berpantang.

“Tiga orang anak saya lelaki dan yang keempat ini pula dapat bayi perempuan. Memang ada rasa kekok nak pegang sebab tak biasa.

“Kalau perempuan ini kena pegang lembut sahaja. Sepanjang isteri jalani proses berpantang, saya yang akan uruskan semuanya.

“Termasuklah memasak makanan yang bersesuaian untuk isteri. Untuk proses itu, saya mengikut cara tradisional selama 44 hari,” kata Tam dipetik mStar Online.

Tambah penyanyi berusia 45 tahun itu, sebenarnya isterinya yang teringin untuk menimang cahaya mata perempuan dan bersyukur Tuhan perkenankan doa tersebut.

Pada masa sama, Tam turut memberitahu bahawa dia dan isteri merancang untuk memberi nama mereka, Aminah namun masih belum ditetapkan lagi.

“Saya tak kisah anak keempat ini lelaki atau perempuan. Janji bayi kami sihat dan sempurna. Tapi isteri memang nak sangat anak perempuan.

“Ye laa, selama ini dia jaga anak lelaki sahaja di rumah. Mestilah nak ada kawan (anak perempuan) juga. Dia memang berdoa dan alhamdulillah Allah makbulkan.

“Buat masa sekarang, kami panggil dia dengan nama Aminah. Memang rancang nak beri nama itu saja tapi belum ada kepastian lagi,” ujarnya.

Baca: Tam Spider, Isteri Selamat Timang Anak Perempuan

Tam dan Aida telah berkahwin pada 8 November 2009 dan pasangan tersebut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Afiq, 8, dan Muhammad Aqil, 5.

Bagaimanapun menerusi perkahwinan pertama Tam pula, dia kurniakan seorang anak lelaki bernama Muhd Aliff yang kini berusia 24 tahun. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: tam spider
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tam Spider, Isteri Selamat Timang Anak Perempuan

29/04/2018
0

TAHNIAH kami ucapkan buat komposer dan penyanyi, Tam Spider kerana telah selamat menimang cahaya mata yang keempat hasil perkongsian hidup...

Persahabatan Utuh Punca Spider Bertahan Dua Dekad

04/03/2018
0

WALAUPUN sudah dua dekad menapak dalam industri hiburan negara, keutuhan yang dimiliki oleh kumpulan Spider tidak dapat disangkal lagi. Biarpun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd