• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Tahan Sebak, Ameer Pergi Ketika Hari Lahir Ibu

oleh
01/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERKECAI hati seorang ibu apabila sedang sibuk menghabiskan tugasan kerja, tahu-tahu sahaja anaknya telah dijemput oleh Ilahi.

Baca: Jenazah Dua Pelajar Malaysia Dijangka Tiba 1 Mei

Begitulah perasaan Datin Roziah Hashim yang merupakan ibu kepada salah seorang mangsa kemalangan jalan raya di Pekanbaru, Riau, Indonesia pada petang semalam, iaitu Ameer Hakimi Azman.

“SAYA terus bergegas pulang ke Pulau Pinang sebaik menerima panggilan telefon daripada suami yang menyatakan anak kedua kami sudah tiada buat selamanya,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Menurut Roziah, 49, berita itu dimaklumkan oleh suaminya ketika beliau baru sahaja sampai di Kota Kinabalu, Sabah bagi menghadiri kursus bersama-sama rakan guru yang lain.

Disebabkan berita kematian itu, beliau terpaksa menangguhkan terlebih dahulu urusan berkenaan dan bergegas pulang ke kediamannya di Permatang Rambai, Permatang Pauh Pulau Pinang pada malam semalam bagi membuat persiapan urusan pengebumian anaknya.

Tambah isteri kepada bekas Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr. Azman Abdul Samat memberitahu bahawa kematian anaknya itu merupakan satu kejadian yang sangat menyedihkan lebih-lebih lagi Ameer Hakimi telah meninggal dunia pada tarikh hari lahirnya.

“Semalam adalah hari lahir saya yang ke-49 dan pada hari itu juga saya terpaksa menerima berita duka ini, namun sebagai ibu, saya reda dengan pemergiannya walaupun pada hakikatnya susah untuk percaya tetapi ini adalah takdir yang perlu dilalui kami sekeluarga.

“Ameer sepatutnya pulang ke tanah air pada Disember, tetapi pusat pengajiannya menukar jadual pembelajaran dengan percepat kuliah dan peperiksaan supaya dia dapat tamat semester kedua lebih awal dan menyambut bulan Ramadan bersama keluarga, namun ia tidak kesampaian,” tambahnya lagi.

Jumaat lalu, Azman baru sahaja melawat anak kedua daripada enam beradik itu dan beliau tidak menyangka itu merupakan pertemuan terakhir mereka anak beranak.

Jelas Rozita lagi, Ameer merupakan seorang anak yang sangt manja dan dia turut sering menghubungi keluarganya di Malaysia sehingga suaminya mengambil keputusan untuk melawat anaknya itu selama tiga hari.

Namun, dimaklumkan bahawa beliau tidak dapat turut serta melawat anaknya di atas tuntutan kerja kerana perlu mengajar pada hari suaminyaa berangkat ke sana.

“Saya pula tidak dapat ikut kerana tugasan mengajar dan suamilah yang menceritakan segala-galanya tentang perkembangan Ameer di sana, namun terkejut baru sahaja dua hari pulang dari melawat anak, semalam terus mendapat berita yang tidak diduga ini,” ujarnya lagi.

Petang semalam, kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan, Ameer Hakimi dan rakannya, Mohd Shaiful Bukhari Ammat, 25, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya selepas motosikal yang mereka tunggangi telah terlanggar dengan sebuah lori yang berhenti di tepi jalan.

Mereka berdua telah mengalami kecederaan dalaman dan dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 5.35 petang ketika dirawat di hospital.

Dijangka jenazah Ameer Hakimi bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Pasir.

Ameer Hakimi merupakan salah seorang pelajar Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim Pekanbaru, Riau, Sumatera dalam jurusan dakwah dan kaunseling Islam. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenpelajar Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkenan menyertai pertandingan bola sepak...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd